CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

2010 krisis ekonomi!! R u ready?

Artikel ini sesuai untuk mereka yang,masih menuntut di IPT dan kolej-kolej,sesuai untuk mereka yang bekerja di sector kerajaan.Sesuai untuk mereka yang ada pelbagai jenis penyakit yang sukar diubati dan kronik atau mempunyai saudara-mara yang sakit.Dan sesuai kepada mereka yang tak buat apa-apa.
Sebelum penulis mahu menulis lebih panjang berjela,boleh tak kiranya penulis bertanya para pembaca sekalian,berapakah umur pembaca?apakah yang telah pembaca buat selama usia sebegini.Berapa banyak buku yang telah dibaca dan ditulis jika anda seorang pelajar dan novelis,berapa banyak profit yang anda dapat jika anda perniaga,atau investor,berapa banyak perempuan yang anda tiduri jika anda buaya darat,berapa banyak lelaki yang anda kikis hartanya,jika anda permpuan gold digger?berapa banyak jasa anda kepada ibu dan bapa?dan berapa banyak sijil dan pingat yang anda kumpulkan jika anda seorang atlet,berapa banyak anak murid yang anda ajar sudah berjaya sehingga sekarang?
Begitu banyak pertanyaan penulis,dapatkah kiranya anda memberi jawapan yang tepat.jika banyak kebaikan yang anda lakukan ,anda adalah orang yang hampir berjaya?tetapi sekiranya umur anda hampir mencecah 2 dekad,tetapi tiada pencapaian baik yang pernah anda raih,renung-renunglah kembali.
Penulis bukan mahu membuang masa para pembaca sekalian,tetapi cubalah membaca nota ini sehingga habis. Bukannya sejam membaca nota ini,Cuma ambil beberapa minit yang anda ada dari 24 yang dikurniakan.Biar penulis memperkenalkan diri dahulu,penulis merupakan pelajar sains tahun akhir di UKM,bangi.Pelbagai aktiviti di UKM yang penulis sertai dan anjurkan kerana sebagai pelajar tidak ada yang lebih manis melainkan mengisi masa yang ada dengan berorganisasi kerana pengalaman itulah yang memberikan sedikit lakaran dalam diari seusia remaja begini.Sebagai pelajar mana-mana IPTA pun jika tidak sertai mana-mana aktiviti kampus pasti itulah yang paling merugikan dan manjadikan kehidupan dikampus sangat hambar.
Apa yang penulis katakan adalah benar,jika duduk di Universiti atau dikolej,tetapi tidak pernah melakukan aktiviti sampingan itu pasti yang paling membosankan.Penulis sendiri tahu bagaimana rasanya jika tiada apa yang hendak dilakukan disebelah malam selepas habis semua aktiviti pembelajaran disebelah pagi kerana penulis juga seorang pelajar.
Tetapi lain pula bagi yang kaki rempit,mereka sibuk dengan geng-geng moto masing-masing,bagi yang kaki drama korea dan jepun,tidak kurang pula yang sibuk dengan duduk didepan laptop menonton dan menangis dengan kisah2 yang menyentuh perasaan.Yang ada boyfriend dan girlfriend pun sibuk keluar masuk kampus siang dan malam,memadu kasih.Tak lupa juga yang rasa banyak duit keluar siang malam,beli baju dan bukan-bukan,tengok wayang tak kira masa.Lupakanlah apa-apa yang tidak menguntungkan,alangkah elokknya jika anda duduk dibilik membaca buku atau menyertai mana-mana persatuan.Janganlah membazirkan wang amanah pinjaman PTPTN,MARA dan JPA yang diberi dengan membelanjakan sesuka hati dan membeli handphone atau pun MP4,lebih baik gunakan wang tersebut sebagai simpanan atau pun membantu keluarga.Penulis sekali lagi mahu ingatkan disini kepada pembaca yang masih menuntut di Kolej atau IPT untuk tidak mensia-siakan masa yang anda ada di kampus dengan aktiviti tidak berfaedah.Join lah organisasi yang anda rasa dapat meningkatkan kemahiran interpersonal atau libatkan diri anda dengan bisnes yang menguntungkan.
BACA LAGI………………..
Rasanya dapat predict tak apa yang bakal berlaku pada tahun 2010 atau lebih senang 2 tahun akan datang dari sekarang bila tengok jadual kat bawah?
Betul tak krisis ekonomi Malaysia,merangkap krisis ekonomi asia berlaku pada tahun 1998? Betul tak krisis ekonomi 12 tahun sebelum 1998 itu,iaitu 1986 berlaku Amerika Tax Reform Crisis?.12 tahun sebelumnya pun iaitu 1974 berlaku Krisis Minyak di Iran merangkap, permasalahan minyak dunia dan Sedar tak anda bahawa 12 tahun sebelum itu juga berlaku krisis ekonomi Cuban Missile Crisis yang pertama, secara ringkasnya macam ini.
1962
+ 12
Cuban Missile economy crisis
1974
+ 12
Iran oil crisis
1986
+ 12
American Tax Reform crisis
1998
+ 12
Asian Financial Crisis
2010
+ 12
????

Kalau berlaku krisis ekonomi dunia lagi ,adakah anda sudah bersedia,cuba berfikir betul-betul .Apalah guna akal yang diberikan kalau tak pernah bermuhasabah sejenak akan apa yang telah kita lakukan atau gunakan akal yang anda ada untuk memikirkan akan apa yang akan anda lakukan .
“Rugilah bagi kaum yang tidak mahu berfikir”.
Di sini penulis bukan setakat mahu membuka minda anda atau tolong fikirkan pasal diri anda (kenapa anda benar orang lain fikirkan masa depan anda?-rugi saja penulis tolong fikirkan,bukan dapat apa-apa pun) tetapi memandangkan penulis mahu semua rakyat malaysia Melayu,India,Cina terutamanya yang beragama islam berusaha lebih dan bersedia untuk menghadapi akan hari-hari yang mendatang agar tidak terbelakang dikala ramai yang terkehadapan dan dikala harga minyak melambung tinggi.
Sekarang pun pelbagai persediaan yang dilakukan kerajaan untuk mengelakkan setiap jangkaan pakar ekonomi bahawa krisis ekonomi akan berlaku lagi menjadi kenyataan.Anda bagaimana?
*************************
Baru-baru ini mak penulis pergi ke sebuah sekolah untuk urusan jual beli perabot,tetapi tidak disangka bertemu dengan seorang guru perempuan yang kebetulan ada membuat jualan kain tudung di pejabatnya.Jadi beliau pun cuba membuat urusan menjual kain tudung kepada ibu penulis memandangkan ibu penulis pun ada membuka kedai kain,baju dan tudung di kuala kangsar.Bila penulis dengar sendiri cerita itu,rasa terkejut pun ada juga sebab, sebelum ini mana ada pernah cikgu jual beli tudung dipejabat sekolah.Rasa kagum pun ada.Jadi,tidak syak lagi kerajaan sekarang menggalakkan golongan guru untuk juga terlibat dalam perniagaan. Sebut saja pasal perniagaan teringat sunnah rasul,tetapi jangan tak percaya ada juga individu yang beragama islam tidak tahu bahawa rezeki yang banyak adalah datangnya dari perniagaan.Penulis sendiri tahu hal ini sejak kecil lagi dan sekarang ianya memang benar bila penulis sendiri membuat perniagaan bersama network marketers bersama kawan-kawan dan pensyarah di UKM dan membantu ibu penulis di tiga buah kedai perniagaan sewaktu cuti semester.Mana kan tidaknya 9/10 punca rezeki yang diberi Nya datang dari perniagaan.Berniaga sememangnya ada tinggi dan naiknya,tetapi kebanyakkan bisnes yang memberi pulangan kepada penjual adalah dari hasil usaha keras masing-masing.Tidak kisahlah sekiranya penjual berusaha selama 10 tahun atau setengah dekad,tetapi diakhirnya pasti ada keuntungan dan pulangan setimpal dengan usaha masing-masing.
Jadi tak mustahil sekiranya ramai yang melibatkan diri dalam dunia bisnes,terutamanya bangsa cina dan di syarikat swasta.Nowdays pun ramai yang berbanga Melayu baru nak buka mata menambah pendapatan dengan perniagaan.PM sendiri cakap berkerja dengan kerajaan tak akan kaya.Bak lagu Meet Uncle Hussin.”Kerja bagai nak gila,tak juga kaya”. Betul,itu memang betul.Kadang-kadang tergelak juga dengar lagu itu.Betul tak jika penulis kata,ada masyarakat yang kerja bagai nak gila tapi tak juga kaya,tapi tak payah cakap mereka yang kais pagi,makan pagi,kais petang ,akan petang memang tak akan kaya.
Pernah tak anda pergi ke program motivasi atau keusahawanan? Ada tak mereka tanya, “siapa yang nak jadi jutawan atau kaya?angkat tangan” . Kalau itu adalah kali pertama anda datang ke program macam tu,bila anda tengok ramai yang macam nak tak nak je angkat tangan,anda pun tak angkat tangan bukan.Tapi dalam hati membara perkataan NAK tu kan.Tapi kenalah usahakan untuk jadi jutawan dan kaya.Mana mampu sekiranya hanya kerja makan gaji.Mungkin kena tunggu sampai pencen.itu pun jika gaji terakhir adalah 5k barulah dapat menikmati lifestyle diusia tua dengan wang pencen 2500 sebulan.Tau tak retired tu apa?Pencen lah maksudnya!bukan !retired tu kembali penat. Jangan bila anda dah pencen anda kembali penat.baru nak memulakan bisnes dan buat duit lebih.
******************
Ya!,jangan nafikan hak hati dan diri sendiri, sesiapa pun akan suka jadi jutawan atau kaya.Tak ada yang mahu menjadi miskin,papa kedana.Ingat ! jangan kita jadi kafir kerana fakir. Ramai yang macam tu,ada yang tinggalkan solat dan tak ajar anak solat gara-gara sibuk mencari duit,tapi tetap fakir.
Janganlah tingalkan anak-anak dan isteri atau suami hutang keliling pinggang bila sudah tua nanti.if gaji kita 4k sebulan pun masih tetap akan ada hutang.tak salah berhutang,Cuma takut tak terbayar dan berhutang dengan ALONG.Tengok saja harga barang yang tinggi sekarang . Ini menunjukkan Malaysia sedang maju dan semakin membangun. NIlai mata wang semakin tinggi.Mana taknya dulu kecil-kecil pergi sekolah dapat 30 sen sahaja,lepas untuk beli air dan mee. Tapi sekarang budak-budak darjah satu bukan setakat dapat 2 ringgit ke 5 ringgit sehari tetapi bawa handphone pulak tu.(Ceh,nak berlagak konon bebudak sekarang).Dulu barang murah ,sekarang malaysia nak melangkah jauh,takkan sebagai rakyat nak duduk di takok lama,gaji tak pernah nak buat simpanan,saban tahun semakin kering.Bayar sana,bayar sini.Nak beli itu,nak beli ini.
Kalau anda perempuan dan mendapat gaji 2k sebulan dan suami anda pun gaji 2k sebulan.Anda pasti hidup bersederhana .Tak akan mampu nak pergi bercuti jauh atau membeli banglo yang harganya sekarang banyak sudah mencecah 300k.Lagipun jika anda perempuan,tak payah nak fikir sangat-sangat,pakai lawa-lawa dan jaga diri bebaik.Dapatlah suami yang baik dan kaya.Itu tengoklah nasib.Tapi if penulis,penulis rela berlaki yang tak berduit tapi berguna dan tahu berniaga.
Bukan penulis tak bagi kerja dengan kerajaan,yelah if bukan orang melayu yang kerja dengan kerajaan,siapa lagi.Tengok betul-betul yg penulis lakarkan kat bawah.
करताrm500
Minyak
rm200
makan
rm300
Pakaian
rm250
3 Anak nak blanja
rm200
isteri
rm100
2 Mak
rm200
2 bapa
rm200
Rumah
rm350

JUMLAH

rm2050
Ini untuk belanjawan keluarga yang mempunyai pendapatn 2000 sebulan,berumah sewa,berkereta jenama Malaysia.Tiada wang untuk simpanan,malah negative 50,simpanan untuk ke mekkah tiada dan begitu juga simpanan untuk kecemasan.Boleh dikatakan 2000 adalah gaji permulaan untuk fresh graduate.Itu pun jika anda mendapat kerja.Jangan tak percaya jika mentor penulis sendiri berkata bahawa kenalan beliau lulusan UKM dan pngk 3.3 pun masih bekerja sebagai pengawal di putrajaya.Ini kan pula ramai yang pngk cukup-cukup makan dan pengguasaan Bahasa English pun lemah lagi walaupun dah 3,4 tahun dok blaja kat IPT.Macam mana nak dapat kerja bergaji 2k?
Cuba tengok ini pula.
2 kereta
rm2000
Minyak
rm400
Makan
rm400
pakaian
rm400
3 anak nak blanja
rm300
2 mak
rm200
2 bapak
rm200
rumah
rm1000

JUMLAH

rm4000

Yang in pula untuk gaji 4k,suami sendiri atau kongsi pendapatan suami dan isteri dimana jumlah gaji mereka adalah 4k.Tiada simpanan untuk melancong atau kemekah,berkereta bukan jenama Malaysia,dan berumah banglo.
Tengok sahaja kedua2 jadual diatas,sangat bersederhana,yang pertama hanya suami yang bekerja ,dan isteri menjaga anak-anak dirumah,jadual kedua pula kedua-duanya keluar bekerja dan anak-anak mungkin dijaga oleh mak.Juga tiada simpanan.Beginilah kerja makan gaji,hujung bulan dapat,tengah bulan berikutnya habis,tiada financial freedom. Tahu tak financial freedom tu apa? Means ..misalnya anda pergi membeli-belah,anda tengok baju yang cantik dan yang anda mahukan atau anda melihat harga baju dahulu? Jika anda mahu makan di restoran anda tengok menu dibahagian kanan atau harganya dibahagian kiri ? Orang kata ukurlah baju dibadan sendiri . Rabalah duit didalam poket. Bila kita ada financial freedom barulah ada lifestyle dengan kata lain bebas menikmati usia yang ada dan membantu orang lain.
Adakah kehidupan begini yang anda mahukan.Jika tidak ,berubahlah buatlah bisnes yang menguntungkan.Tidak kiralah bisnes jual kueh,jual baju,jual kain,jual topup,restoran,jual pisang,jual aior kat pasar malam,network marketing atau apa saja yang menguntungkan. Penulis ada saudara yang membuka kedai menjual pisang goreng,sehingga semua keturunannya dan anak-anak pun menjual pisang goreng .Mereka medapat untung lebih dari gaji bulanan.Gaji bulanan tidak memadai .Sangat tidak memadai.Buatlah kerja sampingan. Jika penulis.penulis memilih bisnes jual pisang ,network marketing dan juga e-dagang.
Bayangkanlah jika anda mempunyai anak,dan anak anda mahukan pelbagai barangan mainan atau mahukan laptop atau handphone,yelah bebudak sekarang ni nak hidup mewah saja,atau anak anda mahu belajar keluar Negara,mampukah anda memberi kan apa yang mereka mahu jika wang gaji anda hanya cukup-cukup untuk pembelanjaan keluarga?Mungkin anda mampu berkata, “sabarlah sayang,ayah akan bekerja lebih kuat lagi,nanti ayah tunaikan permintaan sayang.”Tapi jangankan kerja kat permis kerajaan,kerja kuat pun tetap gaji sama macam yang dok goyang kaki.
Bukan nak mengata kerajaan tak bagi rakyatnya kaya.Tapi dah macam itu,kerajaan pun akui sendiri kerja dengan mereka tak akan kaya.Hanya begitu sahaja.Cukup-cukup makan.So,apa tunggu lgi mulakanlah dengan membuat apa-apa bisnes.Kerana bisnes itu adalah satu jihad ummah.
*********************
sambungan.....

0 comments: